Wednesday, October 21, 2009

Anjing Haram. Manusia?

*petikan dari ainulnajah.
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain


yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9) 


Terbaca thread ni kat ILI. Terbaik r.
Memang senang kita cakap, senang jugak kita nak buat. Aku mampu cakap pasal ni sebab aku pernah ada pengalaman. Bisikan suruh kita buat maksiat bukan senang nak dielakkan. Iman yang belum cukup mantap belum tentu mampu halang nafsu. 
Bila keluar dengan ex aku dulu, tak pernah aku sentuh dia. About 7 tahun kitorg keluar, tak pernah cuba.
Bukan bermakna niat itu tiada, just mungkin aku dilindungi Allah. Alhamdulillah r kan.
Last2, kitorg putus macam tu je. Tak menyesal pun tak pegang tangan dia.
Untuk para lelaki, kawal nafsu anda dengan solat. 
Para tabi' tabiin dulu elak maksiat macamne taw, 
BERIBADAH SAMPAI TAK LARAT LAGI 
NAK BUAT MAKSIAT.
Untuk para wanita, jangan sangkakan pakwe anda seorang TAHFIZ, pakai SERBAN atau bersekolah AGAMA, mereka terlepas dari bisikan kemaksiatan. Ketahuilah BAHAYA NAFSU LELAKI (dari blog ustaz zaharuddin). Aku cuma mengingatkan. 
Diri sendiri dan sahabat2. Semoga dilindungi. InsyaAllah.


وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )



15 comments:

ryhaann said...

btol tu. aku kesian btol kat babi ngn anjing. eventhough diorg najis tapi bukan dosa pun pegang. dah laa diorg comel. tak pasal2 je dibenci. ishkkk

. said...

gmbar jari tu comel wohh.

Anonymous said...

erk..
keep it up..

heeeee

nafsu...memang susah nk kawal..

nak elak???

jgn start couple..heeee
betul ke??

Unknown said...

terbaek...

Unknown said...

raihan: babi comel? serius? haha

hananchiwi: jari aku memang comel. tbe2 je dapat idea nak lukis2 time lecture chem.

anonymous: salah. kahwin je terus. terus jadi halal.

fareha: (^_^)

ryhaann said...

weh babi comel laa. kalau takkan nape bnyk soft toys babi dijual kan kan kan?

Anonymous said...

erk...
da ade calon boleh la cakap macam tu..

kalau x ada orang nak macamane??
heeee

Unknown said...

raihan: soft toy mmg r cute.. real punye jijik oh...

anonymous: pembetulan = xde org nak dan desperate. time tu la iman kita diuji.
(6_6)

Anonymous said...

erk..
camane plak dengan kes kawan...kawan...n kawan..
tub2 da jatuh hati..

heeee...

desperate ke????

Unknown said...

anonymous: wah! dah makin seronok topik ni. kalau macam tu, jgn zahirkan perasaan jatuh hati tu (kalau aku r). just suka dari jauh. dekati org tu secara diam2. yg penting, jgn pernah bagi org tu tau. kena pandai bezakan antara suka dgn cinta.
nanti bila sampai masa, just cari die dan nyatakan hasrat perkahwinan.
*pendapat aku r kan..

Anonymous said...

erk..

ooo
sebab tu la "rindu tak perlu dilayan, tak perlu dibicara n simpan sendirian" ek???

ye ke????
main taram je...heee

Unknown said...

anonymous: haha. pergh ayat. copy paste nampak? lebih kurg macam tu r. tapi kalau dah angau sgt, better straight forward je. takut nanti jadi zina hati.

Anonymous said...

huhu...
memang copy paste pon..hee
nape tak boleh ke???

maknenye ade orang dalam keadaan tu la skang ek..

haha..

terbukti..heeee
tapi tak taw siape kan..ngeh3!!

Unknown said...

anonymous: wah. ini tuduhan berat. haha. tak perlu cakap ape2. itu rahsia peribadi. tapi jgn r buat conjecture sendiri.

bahaya nafsu lelaki. baca x? hati2 lah wanita.
:P

Anonymous said...

erk..
wanita ke???
heee

maaf hanya menduga...

xde maksud pape..
tapi hati masing2..masing2 la taw kan.

heee
jgn marah yerk!!


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...