Friday, September 25, 2009

Dunia Lubuk Ujian. Sabar.

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang - orang yang bertawakal kepada-Nya" 
 Al-Imran, ayat 159
Subhanallah, ujian hidup semakin lama semakin sukar. Memang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W yang dunia ni medan ujian. Selagi hidup, kita takkan pernah terlepas dari ujian. Ujian takkan pernah habis.

Kenapa mesti bercakap pasal ujian? Pernah dulu, seorang hamba Allah ni bgtaw aku, "Saya tak kuat macam kamu,". Kuat mana la aku ni. Seteguh mana pun ego aku terhadap ujian dunia, takkan lari daripada goyah iman daripada ujian. Sabar, Syahmi, sabar.

Semalam, aku pergi melawat sepupu aku kat Triang, Pahang. Beliau dah dekat sebulan nazak, kerana HIV. Kitorg drive sebuah kereta je, 5 org. Trip 3 jam yg terasa sgt bosan. Sedih betul melihat keadaan dia. Sebak aku, tapi sengaja ditahan air mata. Ego lelaki tipikal. Tersekat2 aku time bce Yasin, memang besar ujian yang dia hadapi. Inilah contoh bahana dadah.

Badan beliau kurus kering, memang jadi mayat hidup. Makan? Dah sebulan xde pape makanan yang masuk. Just air, air dan ubat. Mulut dah sangat kering, sampai bernanah. Tangan dan kaki terpaksa diikat, kalau tak mmg jauh r die bergolek. Sedih, kalau nak dibandingkan dengan pengalaman aku yang lain.

Bukan aku tak biasa menghadapi keadaan mcm ni. Kalau mengapan dan mengurus ke kubur tu insyaAllah r, atas pengalaman. Tapi yg ni sangat2 sedih. Sakratul maut yg tak berhenti. Nauzubillah. Kalau baik pemergiannya, cepatkanlah pemergiannya. Kalau buruk sekalipun pemergiannya, cepatkanlah pemergiannya. Tak mampu lagi melihat saudara aku sendiri terseksa macam tu. Urusan dosa pahala dengan Tuhan, hukumlah dia di alam yg seterusnya. Amin.

Itu ujian bagi dier dan ibu bapa dier. Ujian bagi diri aku? Haha. Cuma mampu tersenyum. *I used to be very happy with my life*. Tapi takpe. Ujian buat aku lagi dekat dgn Tuhan. Macam ayat surah Al-Imran yg kat atas tu, tawakal selepas berusaha. Semoga diberikan kekuatan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

Satu pesan untuk sahabat2, selangkah mendekati zina, selangkah mendekati neraka. Jazakallah.



Saturday, September 12, 2009

hampir separuh abad.


apa istimewa hari ni?
12 September. Selamat hari jadi abah!

Silap, tahun ni tak boleh celebrate birthday abah dgn adik2 sume. Tapi malam semalam dah call abah, wish happy birthday.
Oh, separuh abad? Yep, abah dah 48 tahun. hampir separuh abad. dah agak tua kan? haha.

fikir2 balik, giler byk salah aku kat abah aku ni. serius.
2 taun aku belajar kat asis, 3 kali je abah datang sekolah. 1st time hantar, 2nd time amik buku rekod, 3rd time ambik pas spm.
time form 4, abah naik bas je datang kl. bas pukul 5 pagi dari kuantan. pergh. thanks a lot abah! love u.
pastu kitorg balik kuantan sama2. naik bas gak r...

oh, cuti hujung taun form 4. satu malam yg mmg best giler tido. serius best. about pukul 3 pagi, abah aku call aku. dgn mamainyer aku angkat phone. "abg, pegi kejutkan mak. abah ada kat hospital ni, tgn abah kena mesin.", then aku dgn confidentnye, letak tepon and TIDO BALIK.....

esok time subuh, mak aku kejutkan and ktorg cepat2 rushing pergi hospital. sampai2 je nampak abah pakai operation robe, duduk atas wheelchair. nasib baik sikit je jari abah kena mesin. nasib baik gak dr. pandai rebuild balik jari tu.

teruk kan aku? haha. lastly yg aku takkan lupe sampai mati, time kitorg pegi majlis makan malam dan anugerah cemerlang asis (taun lepas kot? or 2 taun lepas? oh, gambar ade kat atas.). Ekonomi kitorg mmg teruk giler arh time tu (time ni pon). nak pegi dinner tu kena byr RM50 sorg plak. nak pegi naik kete at least RM200 kena ready. tak masuk nak makan lagi, beli air, etc.
last2 aku cakap kat abah, "kite pegi 2 org je r abh. naik bas. bajet semua guna duit anugerah abg tu nanti." oh, lupe lak, malam tu kalau aku pergi, dapat duit daripada yayasan pendidikan cheras, sebab cemerlang spm. RM300. so kitorg pon gerak pagi dari kuantan naik bas. mengharapkan RM300 yg tak pasti lagi. sampai lebih kurang tengahari jugak r. kitorg jalan2 dulu round2 KL, then dah petang gerak pergi bandar tun razak.
sampai kat BTR, ktorg mandi, solat, siap2kan diri kat situ, then naik teksi pegi asis.....

segan plak jalan kaki masuk asis dgn abah, time kereta2 besar kwn2 aku jalan tepi kitorg....
tapi takesah, kitorg enjoy malam tu. tercapai gak cita2 aku nak dapat anugerah cemerlang. malam tu, lepas habis majlis je, about pukul 11 stengah, kitorg gerak pegi puduraya.

alhamdulillah! dapat tiket pukul 12.50 pagi. at least x payah tido kat puduraya.

trip ke kl yg tak sampai pon 24 jam. tapi sgt2 bermakna utk aku. nak menangis rsenyer.

kami adik2 dah beli hadiah kat abah (surprise!). hopefully abah x bce blog ni. haha.

Thanks Abah~ Selamat Hari Jadi~ (^_^)

Sunday, September 6, 2009

IfTaR di RaMadHan.

aku shopaholic. why? mak aku bagi 3 reasons.

  • selalu keluar
  • byk beli barang tak perlu
  • suka sgt pergi gig / jamming
okeh. aku nak try list balik.
  1. beli gitar/amp/stand - RM392
  2. wi-fi rumah - RM300
  3. bayar saman - RM300
  4. adik2 nak makan piza + belanja asrama - RM300
  5. frame pintu rumah rosak - RM250
  6. headphone SE HPM 85 - RM60
  7. indie fest + peace to world - RM43
  8. shawl mahal yg sedih - RM45
  9. bas 5 trip - RM100
  10. buku C++ ngan chem - RM143
Total = RM2031
Elaun = RM2580 - RM2031
= RM549... WTF???? nak makan ape????

gig dan gitar tu cume partial. thrifty sgt ke aku????

apa itu iftar?
iftar - iftar ni, daripada kefahaman aku (maaf in advance kalau silap), adalah mengadakan majlis berbuka untuk org ramai. macam sedekah dengan bagi org yg berpuasa makanan utk berbuka r. pahala iftar sgt besar. memang dinyatakan jelas dalam hadis dan al-Quran.
kalau tak mampu, cukuplah sedekah kepada keluarga.
tak mampu lagi? sedekah kepada sahabat, walaupun sesenduk.

so, the point is, sape nak belanja aku berbuka?? haha
till next time, salam ramadhan.


iftar glendale fall 2008 di pak li

iftar glendale fall 2008 lagi, di pizza hut sacc

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...