Monday, November 12, 2012

Tutorial - Dari Mixer ke PC - Audio Interface


Okay first sekali aku nak bagitau, post ni ditujukan buat semua DJ2 radio online, podcaster, dan jugak semua yang nak belajar sikit sikit. Kalau ade soalan, facebook comment kat bawah.

1. Audio interface
Benda yang paling basic, paling penting dalam podcasting atau online broadcasting dengan menggunakan analog mixer ni, adalah audio interface. Benda ni kalau ada, simple, senang dan ringkas je nak setup. Jom tengok ape benda audio interface ni.

Jadi apa masalah dengan analog mixer ni? Haa. Analog mixer yang kita guna macam kat kenduri kahwin tu, ataupun yang kita selalu tengok kat bahagian PA system time function live, semua tu keluarkan bunyi dalam bentuk caj elektrik. Tapi kita taknak caj elektrik. Kalau nak bagi bunyi dari mixer tu masuk dalam laptop, kita kena tukar bunyi tu jadi digital. Kat situ la guna audio interface! Audio interface akan tukar caj elektrik dari mixer kita tu, jadi bunyi dari mixer tu boleh masuk ke PC.

2. Berapa input, berapa output?

Haa. Kalau korang dah ada analog mixer, confirm la korang dah ada banyak channel! Lepas tu kalau korang ada function monitor, and korang guna monitor headphone untuk pre-cueing ataupun live recording, dua channel (Left, Right) untuk input, dua channel (Left, Right) untuk output, pun dah cukup. 

3. Apa input, output yang kena ada?

Okay jom tengok. Output yang biase orang guna and senang kita jumpa, line in, biasenyer dalam bentuk port TRS, Right dan Left. Line in ni yang penting sebab guna line in, kita boleh salurkan muzik dari PC, dari handset, or dari mp3 player etc. Senang kan? Oh, termasuk la analog mixer kita. Masuk kat line in ni jugak. Yang second, microphone pre amp. So kita boleh guna audio interface tu sebagai mini-mixer, cucuk je microphone kat port XLR yang kat interface tu, dan..... Siap! 
Jadi terpulang kat korang la nak pakai banyak mane input, output. Lagi banyak lagi bagus, macam biasa.

4. Setup penuh 

Jadi kita dah tau pasal audio interface, jom try pasang, tengok jadi tak?

Kat bawah ni skematic setup aku :)


Yang kat sebelah kanan atas tu la audio interface. Basically korang tau kan ape function dia, aku dah cerita tadi.
Semua audio dari laptop akan masuk ke mixer aku. Aku proses bunyi tu melalui mixer, pastu aku send balik audio tu ke laptop. Sebarang rakaman akan berlaku terus dari mixer. Dapat tak?

Hah okeh cukup tu je kot untuk sekarang nih. Nanti kalau rajin kita update lagi. Ada soalan komen2 ah.

Salam alaik~

=)

-DJ Syahmi Undecided-

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...