Thursday, January 6, 2011

Aku Masih Aku.

Dan aku masih di sini.

Tak, tak berbeza! 

Baik, mungkin sedikit. 

Tapi berubah bukan satu kepakaran aku.

Tanya aku soalan tu. Dan refleksi kepada diri anda.

Apa khabar iman?

Mungkin sihat walafiat. Mungkin sakit tenat. 

Aku? Hah. Baguslah bertanya. Buat aku fikir kali kedua.

Mudah berbicara untuk berubah.

Tapi sukarnya untuk melaksana.

Tak terhenti langkah. Tak akan berpatah arah. 



Seutas jam tangan. Tak, bukan Invicta. Bukan Fossils. Bukan even Casio. Tapi Omega.

Mungkin nampak mahal. Tapi cuma sepuluh ringgit. Bukan juga pasar malam, tapi Nilai 3.

Bukan sekadar jam murah. Tapi satu motivasi. Satu nilai sentimental.

Satu kenangan. Ini hadiah 10A SPM. Ini hadiah, bukan pada nilai, tapi pada maksud.

Dah bertahun. Dah berkali2 rosak. Dah sekarang masih tidak bergerak, tanpa bateri.

Walaupun tak mampu berfungsi, setia di tangan aku. Bukan tujuan untuk memberitahu masa.

Tapi untuk mengingatkan aku siapa aku sebenarnya.

Untuk sedarkan aku tanpa mereka hidup aku takkan bermakna.

Jangan tanya aku masa, kalau ternampak aku dengan jam ni.

Sebab jam ni bukan untuk memberitahu masa. Bukan juga untuk bergaya.

Sekali lagi, untuk ingatkan diri aku siapa.

Terima kasih mak, abah. 

Nilai wang ringgit atau dolar Amerika takkan boleh beli satu semangat.

Tak. Takkan mintak banyak. Cukup sekadar seutas jam murah.

Kesan sepanjang zaman.

Salam dari Washington DC.

Salam alaik~

=)

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...