Sunday, April 11, 2010

Surrender - To Him

Jika anda sayangkan seseorang, sayangilah juga IMANnya.
 Subuh yang tenang. Hati yang tenang. Sebak lepas baca mathurat. Seronok. Terasa kemanisan ibadah. Dikurniakan lagi peluang oleh Allah untuk terus hidup, terus bernafas dan terus berjuang.

Bertimpa timpa ilham dan idea datang. Mencurah curah. Keberkatan pagi.
Terasa ingin berbicara tentang satu topik yang berat.

Sejauh mana didikan ibu bapa memainkan peranan membina iman? Muslim yang dibesarkan dengan cara penuh Islamik, secara umumnya tidak akan ada masalah dengan iman. Berapa ramaikah ibubapa yang sanggup mengajar sendiri anak anak mereka bersolat, dan tidak menyerahkan seratus peratus tanggungjawab kepada guru?
Teringat masa aku kecik kecik dulu, darjah satu, baru lepas khatan. Sampai nangis nangis aku belajar solat dengan mak. Mak dah la sangat garang. Belajar baca Quran pun sama. Tapi nenek yang ajar. Walaupun nenek ajar, mak still duduk sebelah. And bila ada mak, mesti aku nangis. Haha. Kelakar. Jelas, satu satu gambaran jelas lagi dalam otak aku. Tapi sekarang? Bila dah dibiasakan, solat tak sepatutnya jadi satu keberatan bagi seseorang tu. Kalau sejak kecil dilatih untuk bersolat, bila dah besar, jika tidak melakukan solat, secara involuntary akan merasakan sesuatu yang hilang. Timbul perasaan tidak tenang.

Iman itu bukan dikurniakan. Tapi dicari. Atau dalam English, "We don't gain it, We earn it". Jadi untuk dapatkan iman yang mantap, tak cukup dengan hanya bersolat. Mesti jugak jauhi maksiat. Wow. Jauhnya aku berubah. Bercakap pasal maksiat, ada muslimah tegur aku, "Lower your gaze. Don't go astray." Teringat pula waktu sekolah menengah, bila aku menundukkan pandangan. Orang cakap aku sombong. Haha. Mungkin sebab aku kurang senyum kot. Tapi by time, sama sama ubah diri ke arah yang lebih baik. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup.

Buat sahabat yang menghadapi ujian, satu ayat untuk sahabat tercinta, renungkan;
“Tolakkanlah perbuatan yang jahat itu dengan perbuatan yang lebih baik nescaya orang yang ada perseteruan di antara engkau dan dia akan menjadi baik seolah-olah teman yang amat setia.”(Fussilat, 34)
 Dalam berjuang, tak kan pernah ada kesenangan yang panjang. Pasti ada sedikit sebanyak gangguan, ujian dan cabaran dari luar. Aku berpegang pada ayat ni. Ini bukan janji manusia, ini janji Allah. Janji manusia jarang ditepati, janji Allah sentiasa benar. Biar buruk perbuatan orang pada kita, balaslah dengan baik.

Nak tahu cmne Nabi Ibrahim boleh bertemu Siti Hajar?

Sewaktu Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Sarah berpindah dari Syams (Syria) ke Mesir, Raja Mesir pada waktu itu menginginkan Siti Sarah. Lalu berangkatlah Siti Sarah ke istana untuk bertemu dengan Raja. Hati Siti Sarah tetap berserah kepada Allah. Setelah berbagai cara digunakan oleh Raja untuk bersama Siti Sarah, tetap gagal. Akhirnya Raja tu diberi macam-macam dugaan dari Allah, dan menjadi lumpuh. Raja itu kemudiannya bertaubat dan memberikan hambanya, Siti Hajar, yang juga seorang puteri raja yang ditawan.

Apa motif aku bagitau cerita ni?

The point is, penyerahan diri kepada Allah. Berapa ramai yang sanggup berkata, "Aku serahkan urusan ini kepada Allah, setelah habis ikhtiar aku."
Bagilah susah mana sekalipun. Terhad mana sekalipun. Bagaimana mencabar sekalipun. Hebat mana sekalipun persaingan. Apabila diserahkan urusan tersebut kepada Allah, dia akan aturkan yang terbaik. Yang penting, USAHA. Fahamlah, sahabat sahabatku sayang, tentang penyerahan diri kepada Allah. Jaga ukhuwah antara muslim. Kita di sana nanti nak sama sama berjuang. Kalaupun syahid, sama ada aku kapankan kau, atau kau kapankan aku. Atau mungkin orang lain kapankan mayat kita.



Janganlah tewas pada emosi. Kawal diri. Jangan menangkan syaitan.
Kita mampu bangkit bersama.

Jazakallahu Khairan.

Salam Alaik~

=)

undecided bergambar bersama Al-Farabi Band di Qeesya Urban Cafe

10 comments:

alia shah said...

terime kaseh syahmi :)

fatih said...

salam...
"saya nak jadi 'baik'!!! tolong saya ye!!"
"eh...awak nie 'baik la'.. :)"

selalu je dengar semua tu..tapi apa hakikat sebenar "baik"...adakah hanya dimata manusia...'baik"kah kita bila hanya cukup solat 5 waktu..tapi tak jaga aurat + ikhtilat???...
"baik"kah kita bila sopan santun, baik budi pekerti, hormat orang tua tak buat maksiat tapi bab2 pengislahan diri tak pernah nak ambil berat???
masuklah kedalam Islam secara keseluruhan (2 ; 208)...
masukkan lah aku dalam golongan yang sedikit (7 : 10)

^_^..maaf...

Syahmi Yem said...

alia: sama2 =)

fatihah: apa maksud awak ni? saya tak jawab kat ym tak bermakna saya tak boleh jawab.

salam, fatihah.
yang pertama, saya bercakap atas pendapat saya sendiri. pengertian baik yg saya cuba sampaikan tu luas. saya buat satu assumption pd awak sbgai sorang sahabat seperjuangan yg saya x kenal sepenuhnya. Islam itu syumul. Luas pengertiannya. Jangan salah anggap. Islam sesatu yang kita jadikan amalan, dari bangun tidur sampailah tidur balik.
awak tanya pengertian jadi baik? bergantung pada cara individu tu tengok 'baik' tu. jangan buat generalization.
ayat 7:10 tu saya tahu. sedikit tu merujuk pada kesederhanaan, iaitu sedikit golongan yg bersyukur.
atas diri sendiri untuk mengislahkan diri. taqarrub itu urusan kita dengan Allah A.W.J.

JZKK (^_^)

fatih said...

erk..wassalam...
siapa yang salah faham siapa nie???
kelakar plak...hee (jangan marah ye)

ok..1st thing 1st...masa saya komen tadi..tak dipengaruhi sikit pun oleh ym tu..

2nd...memang semua orang ada tafsiran tersendiri tentang 'baik'..tapi apa penanda aras yang sebenar tentang baik dalam Islam..
kita tak nak la hanya baik pada tafsiran manusia..kita nak baik pada pandangan Allah dengan masuk dalam Islam secara keseluruhan 2:208....
dan orang yang baik pada pandangan Allah tu sangat la sedikit 7:10..
itu yang saya cuba maksudkan...

3rd...tak ada maksud lain..

and lastly..maaf kalau komen saya mencetuskan sesuatu diluar niat saya yang sebenar...

yang baru belajar n insyaAllah akan terus belajar ^_^
JZKK (",)

Syahmi Yem said...

fatihah: maaf jugak.. sebab menulis tanpa berfikir. kurang berhikmah tindakan saya. kurang isi dalam apa yg saya beri.

sama samalah kita belajar.
atas jalan perjuangan yg sama.

=)

fatih said...

haisy merendah diri plak...
^_^

we life to learn..
4 thumbs up...saya bangga ada kawan macam awak..
its not easy to be a transformer :D
saya pernah merasainya...
dan saya rasa awak lebih lagi...

bukan mudah nak jadi baik pada pandangan KEKASIH awak n saya tu..
semoga istiqomah dijalan Kekasih hati yang amat dicintai.. ^_^ (pesanan untuk diri juga)

Syahmi Yem said...

perubahan 360 darjah. saya org, bukan transformers. haha.

thanks atas pandangan...

fatih said...

pembetulan...
we "live" to learn..

360-back to starting point???...
kenapa tak 540 (180x3)???..hee
...

saya BUMBLEBEE... ^_^

nwy sama-sama...cuma cetusan pemikiran dari pembacaan yang tak seberapa... ~_~

oren said...

terkesan saya petang ni
"berjuang itu pahit kerana syurga itu manis"

manis manis limau madu manis lagi syurga di sana.

Anonymous said...

Salam,

alhamdulilah
Blog syahmi sangat bersifat ilmiah.
Membanggakan juga.

salam sejahtera dan sekuntum senyuman.

berbicara tentang baik,
sangat unik untuk diperbincangkan.

Kadangkala,membahagiakan orang lain dengan membuat pengorbanan adalah merupakan kebaikan yang tiada tandingannya.

Ganjaran diperolehi bukan daripada orang yang telah dibantu, tetapi akan datang pelbagai bentuk ganjaran yang penuh nikmat, kadangkala tidak disangka sangka.

Sewaktu abg ali di usia remaja,
memahami baik adakalanya banyak didukung oleh perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu.

Tidak dapat tidak, banyak bimbingan orang tua, guru dan rakan rakan dalam merencanakan baik dalam alam maya pada yang penuh warna warni ini.


Setulus hati yang terbentang,
begitulah lahirnya nurani baik.


Namun, setinggi gunung, masih ada langit di atas.

Kebaikan yang dilakukan haruslah berpaksikan keikhlasan yang tulus.

Kelebihan orang berbuat baik, hati menjadi tenang, rezeki Insya Allah bertambah dan wajah ceria nampak muda senantiasa, Insya Allah.

Menjadi baik kita akan berasa penat, tetap nikmat ganjaran selain keteguhan iman, hidup lebih diberkati.

Sayugia diingatkan, titik tolak baik adalah datang dari hati.


Org tua berpesan:
berbuat baik berpada - pada, buat jahat jangan sekali.


Baik itu budi
Baik itu jasa
Baik itu mulia
Baik itu bahagia
dan
Baik itu besar ertinya.

Hanya Allah SWT juga yang maha mengetahui kebaikan kita lakukan.


maka, lahir hati yang baik adalah untuk melihat dunia ini aman bahagia makmur senantiasa.


Abg Ali
Buffalo
NY USA

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...