Sunday, October 25, 2009

Ikhtiar Terakhir.

"Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam 
dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara.
Dan sekiranya kejayaanku membuatku jauh dari Islam dan perjuangan,
maka kau lebih berhak menentukan selayaknya untukku.
Kerana aku imani, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia
melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya."

Entri pendek penguat semangat.
Terima kasih saudari Fatihah atas peringatan.
Doakan kejayaan aku, kawan-kawan.

Wednesday, October 21, 2009

Anjing Haram. Manusia?

*petikan dari ainulnajah.
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain


yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9) 


Terbaca thread ni kat ILI. Terbaik r.
Memang senang kita cakap, senang jugak kita nak buat. Aku mampu cakap pasal ni sebab aku pernah ada pengalaman. Bisikan suruh kita buat maksiat bukan senang nak dielakkan. Iman yang belum cukup mantap belum tentu mampu halang nafsu. 
Bila keluar dengan ex aku dulu, tak pernah aku sentuh dia. About 7 tahun kitorg keluar, tak pernah cuba.
Bukan bermakna niat itu tiada, just mungkin aku dilindungi Allah. Alhamdulillah r kan.
Last2, kitorg putus macam tu je. Tak menyesal pun tak pegang tangan dia.
Untuk para lelaki, kawal nafsu anda dengan solat. 
Para tabi' tabiin dulu elak maksiat macamne taw, 
BERIBADAH SAMPAI TAK LARAT LAGI 
NAK BUAT MAKSIAT.
Untuk para wanita, jangan sangkakan pakwe anda seorang TAHFIZ, pakai SERBAN atau bersekolah AGAMA, mereka terlepas dari bisikan kemaksiatan. Ketahuilah BAHAYA NAFSU LELAKI (dari blog ustaz zaharuddin). Aku cuma mengingatkan. 
Diri sendiri dan sahabat2. Semoga dilindungi. InsyaAllah.


وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )



Saturday, October 17, 2009

Of Singularity.



Ini bukan post tentang sains.
Ini tentang CINTA.
Setuju tak, kalau aku cakap, CINTA itu cantik, indah, bersih. Yang buat CINTA jadi buruk, hodoh dan kotor adalah PELAKUnya. Kalau betul CINTA itu dikoordinasi, mesti boleh dibawa ke syurga. InsyaAllah.

Meh aku nak try kaitkan;
Ujian itu TARBIAH Allah. Selepas ujian, sepatutnya kita SEDAR dan berubah menjadi lebih baik.
Kalau PUTUS CINTA dikatakan ujian;
PUTUS CINTA itu TARBIAH Allah, kita sepatutnya SEDAR dan berubah selepas break up. kan2? haha

Ingat tak cerita tentang Nabi Adam, dan bagaimana baginda boleh dicampakkan ke dunia?
INGAT tak sebab utamanya?
WANITA. Hawa menjadi sebab Nabi Adam A.S dimurkai Allah dan dicampakkan ke dunia.
Bukan untuk menyalahkan Hawa, kerana di tengah2 hubungan Adam dan Hawa itu, ada IBLIS.
Dengan rasa cinta yang difitrahkan Allah kepada setiap manusia, ada pula SYAITAN untuk menyimbah minyak ke dalam api nafsu.

Fikir sekejap. Kalau Nabi Adam pun mampu ditewaskan oleh syaitan LAKNATULLAH, yang menggunakan WANITA sebagai SENJATA,
Ape lagi kita, manusia biasa ni. Solat pon kadang2 bocor. Akidah belum mantap. Iman naik turun.
Mudah sangat kalau nak dihasut. Piece of cake je bro.

Oh. Ade hosmet aku baru break up. Giler kesian tgok beliau. DOWN to hell.
*boleh plak time lab C++, komputer pon beliau tak bukak. Naya. Seb bek x kantoi ngan puan umi.
  -_-"
Tgok keadaan beliau, nak gelak KESIAN, nak sedih sekali TAK MAMPU. nak carikan awek lain TAK BOLEH. Haha. Sori bro. Teman kau karaoke je r ek?

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:





“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”


Ini bukan bicara seksis. Ini kenyataan. Tak semua wanita berjaya memelihara iman. apatah lagi dengan ratio 1:26 lelaki dan wanita dunia. sepatutnya wanita dah tak memilih calon suami, kerana terpaksa bersaing dengan 25 wanita lain untuk menjadi isteri. haha (^_^)


Pergh. Cakap pasal bende2 cmni best je kan. haha. Tapi aku sendiri xtaw dapat x kawal diri. Iman aku ni berubah. Kejap naik, kejap turun. Semalam menangis insaf, hari ni gelak balik.


Pape2 pon. Jom r try improve diri sniri. 
Igt, sesetengah perasaan tu x sepatutnya dizahirkan. Akan wujud sendiri dengan redha Allah. 
burp...;p 

Friday, October 9, 2009

Dia tau. Balasan sentiasa ada.

Prejudis. Always jadi mangsa prejudis.
Tak semua manusia mampu bersangka baik, aku sendiri pon kdg2 terlajak.
Mmg Nabi dah suruh kite bersangka baik. So aku cuba utk diri aku sniri. InsyaAllah.
Dlm masa same jgk, boleh igtkan org lain.
Once occured to me.
Oh, aku main gitar, aku pergi gig. Aku suka karaoke. Aku minat XPDC ngan Restraint.
At least aku jaga diri. Aku jaga batas2 aku. Aku ingat Tuhan. Aku cuba istiqamah dalam ibadah.
Aku cuba ingatkan diri aku. Aku usaha ingatkan kawan2 aku.
Anda?
Jgn sng sgt anggap org tu jahat. Kalau terfikir perkara buruk pasal seseorang,
CARIlah the best possible answer utk bersangka baik tentang dia.
Kadang2 bercakap tanpa melakukan apa2 boleh bawak musibah.
Rasulullah pernah cakap, pasal keburukan org yg "Cakap tak serupa bikin."
(Maaf, aku tak ingat r perawi dan nas2 dier)
Boleh la search, ape kedudukan org yg 'cakap tak serupa bikin' ni dalam Islam.
Manusia. Rambut sama hitam, hati lain2.
Oh, ade bbrapa silent readers versi harmoni yg aku jumpa. Dah boleh trace anda okeh? haha
ok, back to topic.
Life's an open secret.
dalam buku tu pernah terbaca, tentang org yg prejudis.
bukan susah pon kalau nak bersangka baik kan?
Contohi iman dan takwa tabi' tabiin.
jgn ingat diri dah cukup hebat. jgn suka merendah2kn org lain.

Berhati2lah apabila berkata.
Aku penyabar. Tapi tolong jgn sampai hilang ikhlas aku.
hilang ikhlas=hilang pahala.
korang nak buat dosa, buatlah. dah terlepas tanggungjwab aku.
tapi tolong r jgn hilngkan pahala aku. pliz!

jazakallah.
Allahualam.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: 

"Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwa itu" 

as Syams (91:7-9)

Tuesday, October 6, 2009

Calon Solehah. (^_^)

Satu cerita untuk semua. 
Calon Solehah
NuRul IsLam
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.


“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.


p/s: dipetik dari halaqah.net. semoga jelas maksud yg hendak disampaikan.
esok kuiz kimia dan c++. wish me luck!

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...