Di petang Khamis yang penuh emosi…
Di petang Khamis yang penuh emosi
Sedangku belajar di dalam library
Lalu sahabatku datang membawa diri
Ingin berkongsi masalah peribadi
Tidakku malu akan sahabatku ini
Walaupun peribadi kami berkongsi
Lalu ku curahkan rasa hati
Yang lama terbeku di dalam diri
Lamanya aku terus mencemburui
Walaupun dia hanya memori
Namunku tetap kuatkan hati
Kerana ku yakin dengan realiti
Tetapku kasihan dan bersedih hati
Dengan masalah sahabatku ini
Tiada persefahaman di dalam diri
Hubungan ibarat seutas tali
Ku juga nyatakan masalah kami
Bagaimana aku rasa tidak dihargai
Masalah bagai tiada yang peduli
Sahabatku angguk tanda fahami
Lalu kami terus berdiskusi
Ku curah rasa penuh emosi
Sahabatku mendengar tiada berbunyi
Tanda terkejut mendengar realiti
Buku Calculus tidak lagi dipeduli
Aku tunduk merenung diri
Bagaimana ingin belajar memahami
Jika tiada usaha kendiri
Gelak tawa dapat diperhati
Tiada ditunjuk bergolaknya hati
Lalu sahabatku berlalu pergi
Menyedari masalah tiada konklusi
Ku renung keluar mencari solusi
Tiada satu tiba di hati
Lalu ku temui satu solusi
Untuk menemui sakinah abadi
Lalu ku pulang ke kolej kami
Mencari sejadah peneman diri
Tunduk sujud kepada ilahi
Moga terlepas bebanan di hati
Di petang Khamis yang penuh emosi…
Di petang Khamis yang penuh emosi
Sedangku belajar di dalam library
Lalu sahabatku datang membawa diri
Ingin berkongsi masalah peribadi
Tidakku malu akan sahabatku ini
Walaupun peribadi kami berkongsi
Lalu ku curahkan rasa hati
Yang lama terbeku di dalam diri
Lamanya aku terus mencemburui
Walaupun dia hanya memori
Namunku tetap kuatkan hati
Kerana ku yakin dengan realiti
Tetapku kasihan dan bersedih hati
Dengan masalah sahabatku ini
Tiada persefahaman di dalam diri
Hubungan ibarat seutas tali
Ku juga nyatakan masalah kami
Bagaimana aku rasa tidak dihargai
Masalah bagai tiada yang peduli
Sahabatku angguk tanda fahami
Lalu kami terus berdiskusi
Ku curah rasa penuh emosi
Sahabatku mendengar tiada berbunyi
Tanda terkejut mendengar realiti
Buku Calculus tidak lagi dipeduli
Aku tunduk merenung diri
Bagaimana ingin belajar memahami
Jika tiada usaha kendiri
Gelak tawa dapat diperhati
Tiada ditunjuk bergolaknya hati
Lalu sahabatku berlalu pergi
Menyedari masalah tiada konklusi
Ku renung keluar mencari solusi
Tiada satu tiba di hati
Lalu ku temui satu solusi
Untuk menemui sakinah abadi
Lalu ku pulang ke kolej kami
Mencari sejadah peneman diri
Tunduk sujud kepada ilahi
Moga terlepas bebanan di hati
Di petang Khamis yang penuh emosi…
p/s: memahami untuk difahami
(tribute to Sari)
(tribute to Sari)
8 comments:
percaya,,hidup ini senang dilalui..
wpun rintangan memakan diri..
troskan hidup dalam realiti..
dengan sokongan kwn2 di sisi..
-kita perlu berkongsi masalah yg dihadapi dgn ahli keluarga@sahabat-
-jika dipendam hanya akn memakan diri-
-namun x semua masalah itu perlu dikongsi-
-apabila berkaitan dgn perhubungan adlh lbih baik tidak dicheritakan-
*pandangan dr seorg teman*
berkongsilah...kerna sedarlah dirimu bukan keseorangn....
berdoalah kpd ilahi.
nescaya kamu akan menemui solusi :)
kalo pendam kdg2 bole makan hati!..
huu..
ak sentiase ade ntok membantu... hehehe
*tetibe*
indah kata diulik sempurna
menhembus hati emosi ketara
indah hidup dugaan dicuba
bersama andai menyambung nyawa
terasa beban menekan hati
bagai mati hidup kembali
usah gentar berdepan mati
jodoh akan tertimbul lagi
harap perasaan tiada perasan
niat kalbu menjaga perasaan
harap bahagia dgn pasangan
diri memohon doa beriringan
good ending..moga kita semua diberi kekuatan olehNYA
Post a Comment