Sunday, June 3, 2012

Takkan Terbeban Kita

Lama tak menaip. Nak keluarkan semua kali ni.

Haha.

Ketahuilah wahai member2 aku sekalian, orang2 sekeliling anda itulah yang membuatkan anda kuat atau lemah. Jihadatun nafs bukan semudah yang kita ingatkan.

Bila ramai yang mengingatkan kita jadi kuat. Bila semua orang lepas tangan kita jadi lemah. Aku belajar benda tu first-hand. Bila kita lalai, sedap dengan dunia, pergh, sedap beb dunia ni. Sedap gila serius tak tipu. Buat dosa, buat maksiat, perghhh trust me beb, best gila.

Tapi tu la kan. Tak sampai kemana pun sedap kita tu. Aku sendiri ni, lepas hanyut, sedar, hanyut, sedar. Kejap baik, kejap futur, kejap terbang, kejap terbenam. Haha. Berubah-ubah. Bukan senang nak maintain benda iman ni. Payah weh.

Aku suka bercakap pasal mati. Bukan sebab aku dah bersedia or anything, ataupun nak tunjuk lagak tak takut mati. Tapi aku tak rasa mati tu something yang kita patut takut. Mati bukan taboo. Budaya kita yang tanam sikap cinta dunia, takut mati.

Mati lagi cepat lagi best sebenarnya. Kurang sikit dosa. Tapi jangan la pulak pergi bunuh diri kan. Straight masuk neraka tak payah nak timbang2 dah confirm kena bakar. Tapi tu la ye kawan2. Bila kita ingat mati kita ingat Allah. Kita lagho2 pun bila ingat mati confirm ingat Allah. Kalau tak ingat jugak tu innalillah la yek.

Jahat aku ni beb. Jahat gila. Incomprehensible. Lol tu dia keluar ayat SAT. Tapi serius la. Tak pernah lambat la kita ni nak beringat. Cari la orang yang boleh bawak. Cari orang yang boleh ingatkan. Support group kata orang putih. Usrah kata orang2 agama. Aku panggil bulatan gembira? Hehe.

Jangan pernah putus asa. Kalau rasa berdosa, pergi mintak maaf cepat2. Tapi cepat2 la kan, kot2 nanti rasa bersalah sekejap je. Susah pulak kalau macam tu. Mintak maaf dengan siapa? Lu pikir la seniri.

Takkan terbeban kita dengan dosa2 lama kita kalau insaf kita tu betul2. Bagus la budak2 yang dah insaf. Aku rasa aku belum lagi ni. On the way kot? Lol.

See? Haha. Hidayah tu beb kita kena cari weh. Bukan tunggu je. Mati ni bila2 pun boleh.

Hoi! Syahmi, kau boleh tak fikir dua tiga kali sebelum buat apa2? Haha. Jangan dah terlajak baru nak insaf. Tak guna dah beb, tak guna dah.

Kadang2 kan, aku rasa macam mati lagi baik. Tak sanggup dah aku berjalan dalam dunia ni. Rasa lemah gila. Takde kekuatan langsung. Jadi mungkin kembali kepada fitrah lagi bagus. Tak payah dah susah2 nak lawan setan2 durjana. Sibuk je bisik2 kat telinga.

Tu pasal diri aku je la kan. Aku tak rasa aku ada kredibiliti nak tegur2 orang lain yang buat salah. Siapa la sangat aku ni. So aku taknak la kutuk2 orang dalam blog. Aku kutuk diri aku sendiri je sebab aku rasa aku pun dah cukup layak nak dikutuk oleh orang lain.

Hidup ni penat ye kawan2. Buat kesekalian kalinya aku bagitau, aku penat hidup. Tak tenang. Tak tenteram. Hati tak best. So enjoy la hidup korang kalau hidup korang best okay.

Lastly, semoga masuk syurga paling atas.

Salam alaik~

=)

1 comment:

fatih said...

saya singgah.

setelah sekian lama tidak bertanya khabar. Harapnya lebih dari 'ok'!? ^_^y

jihadatun nafs itu payah kan =="

moga sahaja bro syahmi dan saya dan semua terus tetap di jalan Nya, walaupun terpaksa merangkap dalam kepayahan :))

moga sahaja Dia redha~~~ ^^,

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...