Sunday, February 13, 2011

Aku, Kau, Mereka. Ibnu Sabil.

Hikmah kita di luar negara. 

Dihadapkan dengan cabaran maha luas. Orang ramai di Amerika, seluruh dunia, di luar sana, mencari Islam.

Tapi kita dilahirkan sebagai Islam. Terlalu mudah. Tanpa halangan. Terlalu senang.

Saudara kita berjuang mempertahan agama. Kita goyang kaki.

Dan bukanlah kita diberi mandat sebagini hebat untuk bersenang lenang.

Bukanlah hikmah adanya kita di sini untuk bergelak ketawa, bersuka ria.

Mari belajar solat. Tepat pada waktunya. Mari belajar guna ruhsah. Tepat pada keadaannya.

Mari belajar guna khuf dan tayammun. Walau dengan salji semata-mata.

Mari bersolat mengikut masa. Walaupun di dalam kereta.

Sebarkan agama dengan teladan yang baik. Mandat setiap yang bernama manusia Muslim.

Dilabel kita marah, tapi tak mahu berubah.

Siapa lebih baik? Yang berkata atau yang dikata?

Atau mungkin yang diam dan melihat.

Iman tak kelihatan. Tapi dosa pahala syurga neraka itu ada.

Lemahnya iman. Tipisnya iman bagai tiada.

MALU LAH KAMU! HINA LAH KAMU KERANA MENINGGALKAN ISLAM!

Bukan tinggal pada nama. Bukan tinggal pada akidah.

Tinggalkan pada ibadah. 

Dan seseorang akan berkata.

LIHATLAH. DIA BERKATA KATA TETAPI DIA SENDIRI TIDAK SEMPURNA.

Pekakkan telinga. Kerana kata-kata manusia tidak bermaksud apa-apa.

Kalamullah bermaksud segala-galanya.

Kamu mengeji umat yang lain. Kamu mengaku Islam sejati.

Tapi Islam kamu pada nama semata-mata.

Belajar. Belajar. Belajar agama.

Ditegur kamu berpaling. Diketuk kamu insaf sebentar.

Hidayah satu hadiah. Tapi tak berguna hidayah tanpa hati yang terbuka.

Kamu hidup dikelilingi dosa. Mempertikai agama. 

Janji dulu. Kau dan aku. Berhijrah untuk agama. Tarbiyah Islamiah.

Tapi di sini kau bukan lagi yang serupa. 

Aku risau. Kau sudah tenggelam.

Aku menunggu masa.

Berpaut di dahan rapuh.

Berteduh di awan mendung.

Menghalang dengan tangan, aku tak kuasa.

Membantu dengan lidah, aku tak berilmu.

Menidakkan dengan hati, menjaga diri sendiri.


Jangan sampai satu masa, kita sama-sama jatuh.

Dan satu masa, kita mustahil bangkit semula.

Niat awal kita untuk ke jalan-Nya.

Nyata sesat sudah akhirnya.

BANGKIT SEMULA. PEJUANG AS-SABIL AMERIKA!

Jatuh tak bererti kalah. Sesat tak bererti hilang.

Dia maha ada. Dia maha melihat. Dia maha tahu. 

Cukuplah menafikan kebenaran. Mari belajar dari kesilapan.

Aku tahu siapa aku.

Dan kau sedar siapa kau.

Diam.

Diam.

Dan renungkan.

p/s: bangkit. satu manifestasi fisabilillah.

Salam Alaik~

=)

2 comments:

hazirah said...

yessssssss jom kite bangkit kembali! !!:) :)

Syed M. said...

InsyaAllah.
Doa2kan kita semua ni tetap sedar yang kite ni dihantar bukn utk suke2, tp ade objektif.


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...