Thursday, February 24, 2011

10 Sebab Mungkin Tak Balik Raya Tahun ni

Ada banyak sebab aku berat hati nak balik tahun ni.

1. Baru sampai dah nak balik?
Yes, that's it. Belum sampai setahun lagi kat US, takkan dah nak balik kot? Apa guna belajar kat US kalau asyik nak balik je. Tak mencabar la, betul tak?

2. Tak beli tiket lagi? Sekarang dah mahal beb.
Awal tahun aritu aku check kat Cathay Pacific, USD1020 termasuk tax. Sekarang harga dah naik sampai USD1500++ termasuk tax. Aku rugi hampir USD500 sebab beli lambat. USD500 = RM1500. Baik aku simpan duit tu buat bagi adik aku belanja nak masuk universiti.

3. Duit beli tiket tu macam-macam aku boleh buat.
Tiket Buffalo - Los Angeles lebih kurang USD500 pergi balik. Tiket Los Angeles - Kuala Lumpur plak lebih kurang USD1500 pergi balik. Belanja makan, hotel, jalan2 etc otw maybe dalam USD200. Dua ribu lebih US Dollar tu aku boleh buat benda lain. Pegi jalan2 Eropah ke, Florida, Paris, Venice, London, Miami, Toronto, pegi buat umrah ke, roadtrip satu Amerika. Woah nak pegi naik kapal cruise pusing Atlantik.

4. Aktiviti time Summer second session tu boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
Meningkatkan stamina seperti mengikuti konsert. Buat lesen memandu Amerika. Main gitar sampai bosan. Ambik kelas online. Pergi bungee jumping kat Niagara Falls. Bergiat aktif dengan MSA atau ISNF. Buat terawih tiap-tiap malam. Berkebun kat belakang rumah.

5. Lease rumah merugikan.
Balik rumah pun, still kena bayar sewa. So what's the point? Baru duduk rumah ni tak sampai 6 bulan pun, dah nak pindah? Kalau keluar, tak sambung lease, ada orang lain masuk camne? Melopong la aku. Rumah dah mantap, cantik, indah, kemas, berciri-ciri estetika.

6. Hargai masa di Amerika. Malaysia takkan kemana.
Last-last nanti aku nak balik Malaysia jugak. Dan lepas tu tak pasti bila aku akan datang Amerika balik. Jadi di kesempatan yang ade ni, baik dan pandai lah jugak kalau aku jalan-jalan tengok tempat orang. Roadtrip satu Amerika, jumpa member-member. Dah dapat bayangkan, bawak basikal kat bandar Chicago, tengok sunset dekat Chicago waterfront tu, dalam cuaca Summer yang seronok. Oh, dengan kawan-kawan yang tersayang.

7. Boleh cari kerja, buat duit lebih.
Second session of Summer, ada dua bulan. Boleh cari kerja untuk dua bulan. Dapat duit tu, simpan buat bawak balik Malaysia. Nanti boleh enjoy melampau-lampau kat Malaysia. Boleh beli TV LCD letak kat rumah. Tak pun kembali giat menulis untuk Helium, dapat sikit-sikit pun jadi lah. Boleh improve English lagi. Better la daripada Luxor ke, Infinity Downline ke, Log in Facebook dapat seratus wtf.

8. Saving duit demi mencapai financial independence.
Bak kata adik aku, senang tu adalah financial independence. Maksud dia aku boleh beli apa yang aku minat atau suka atau nak tanpa perlu fikir panjang. Nak beli, beli je terus. Sebab kita ada duit. So, nak iPod 4 64GB? Takde masalah. Nak habiskan wishlist aku yang kat bawah ni? Takde masalah. Tambah lagi koleksi gitar tersayang.


9. Tahun ni tak sempat raya lah.
Kalau ikut jadual, memang tak sempat raya, except kalau korang nak ponteng minggu pertama semester baru. Kalau korang nak la kan. Tapi kalau balik tahun depan, confirm la dapat raya. So boleh la raya tanpa rasa bersalah atau pun tergesa gesa. Mental woo mental buat keje macam tu.

10. Emm tak tau.
Aku main random je letak nombor 10 tu. Tapi dah cukup la ni kot. Okey, nombor 10, boleh fokus study. Percaya lah, anda takkan study kalau kat rumah. Okey, mungkin anda study, tapi adakah anda akan perform? Okey, mungkin anda perform, tapi adakah anda cemerlang? Pfft.

Banyak sebab tak balik, banyak jugak sebab nak balik. Homesick, nak holiday dengan family, nak pakai duit US Dollar kat Malaysia dan buat macam, "I got money, you can kiss my ass". Nak jumpa kucing baru. Anak buah baru. Nak jamming dengan member-member lama. Oh, mesti lah, nak jumpa gefren. Arghhhh banyak lagi lah. Serius. Mamak, karaoke, kenduri kahwin (tak tau la korang, tapi aku rindu ah nak pegi kenduri).

So mak, abah, adik-adik dan sedare mare sekalian, mungkin abang tak dapat balik beraya taun ni.
Kalau PKR berjaya ambik alih Malaysia pastu Anuar buat minyak turun pastu tiket MAS pun turun gak, abang balik. Confirm. Tapi impossible la kan.

Dengan ini saya tujukan lagu Dendang Perantau dan lagu di bawah, Memori Daun Pisang dendangan Iwan dan Amelina. Satu bukti kat Amerika pun boleh dengar dangdut oyehhhhh.


Sekian saje buat masa ni, dan majulah diri saya sendiri untuk diri saya sendiri.

Salam Alaik~

2 comments:

Syahir Yem said...

jgn lar berkire..kump0l lar duet byk2...crik kje ke...kasi smart sket...
hehehe...

Syed M. said...

cess kamu...hmpir meminda aku nyer kputusan.haha


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...