Monday, September 10, 2012

Majulah Islam Untuk Syurge

Bismillah.

Belum pernah seumur hidup aku, sepanjang perjalanan akademik aku, ambil kelas yang mampu menyentuh hati aku. Tapi kali ni, satu kelas random yang aku ambil suka suka, last minute, buat aku sebak. Buat aku betul-betul berfikir.

CPM250, The Muslim World and it's relation with the USA.

Pertama kali belajar dengan Professor Faizan Haq. Alhamdulillah, tak bosan langsung. Tak pernah pun mengantuk dalam kelas. Hebat. So kelas ni basically kami akan diberi sebuah negara Islam untuk setiap orang, dan pada setiap kelas, kami akan diminta untuk update tentang negara-negara kami.

Aku dapat komuniti Muslim di India. Tu la masuk lambat lagi. Kalau tak, boleh dapat Iran ke, Turkey ke, banyak sikit bahan. By the way, tahukah anda India merupakan negara ketiga paling banyak komuniti Muslim di dunia selepas Indonesia dan Pakistan? Haha.

Okay cukup. Yang aku nak sampaikan kat sini, isi dan ibrah yang aku dapat dalam lecture penuh akademik dan profesional tu. Bermula dengan hadis;


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya,
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW :
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."...
Mesti semua orang dah familiar dengan hadis ni. Dan seterusnya, kami analisis hadis ni, bermula dari buih.
Kemudian kami cuba kaitkan dengan umat Islam kontemporari.



*Nombor2 dibawah disalin bulat-bulat dari slide Prof. Haq.*

Tahu tak ada berapa ramai dalam dunia ni Muslim? 1.3 billion tau. Tahu tak berapa ramai diantara Muslim ni yang bergelar saintis? Kurang dari 300'00. USA ada 1.1 juta orang saintis. Jepun pulak ada 700'000 orang saintis. Hah, buih la tu.

Okay jom kira universiti pulak. Negara-negara dalam OIC ada 56. Ada 600 universiti, purata 10 universiti bagi sebuah negara. Untuk 1.3 billion orang! India pun ada 8,407 buah universiti, USA ada 5,758 buah universiti. Buih la tu.

Prof. Haq menjawab soalan bagaimana penjajahan minda boleh berlaku. Kita mengasimilasikan sistem pendidikan Barat. Setiap sekolah, setiap pelajar diwajibkan untuk belajar bahasa inggeris. Jika kita ke kampung, kalau boleh cakap English tu memang mantap la kan. Semua orang kagum tengok. So nampak tak kat situ, macam mana dia boleh meresap dalam budaya kita. Menyanjung budaya Barat. Buih.

Kalau sistem pendidikan Islam pula, kata Prof. Haq, kita ada madrasah. Kita ada dana tersindiri, dari wang wakaf. Masalahnya kita ni pula, kita menurunkan, mengajarkan, dan diajar benda yang sama sejak dari beratus-ratus tahun dahulu. Hanya dalam 100 tahun yang lepas, kita mula bergerak dan cuba mencabar idea theologi Barat. Buih?

Kita tengok dari segi jual beli senjata konvensional pulak. Daripada 15 pembeli senjata konvensional yang terbanyak, 6 adalah negara OIC. Pengeluar terbesar senjata? Tak ada satu pun dari negara OIC. See? Buih.

Orait, teruskan kepada ekonomi pulak. GDP bagi 1.3 billion umat Islam OIC, adalah kurang dari $1.5 trillion. Hanya 290 juta penduduk Amerika, GDP mereka mencapai $10.4 trillion. Perancis dengan $1.54 trillion, German dengan $2 trillion, dan UK dengan $1.52 trillion. Buih.

Satu lagi, Kuwait, UAE dan juga Brunei merupakan negara-negara OIC yang perkapita mereka mencecah lebih $10,000 setahun. 5 anggota OIC berada di kurang $5000 setahun, dan 45 negara OIC yang lain cuma kurang dari $1000 setahun. Tengok, buih.

Bila aku dengar semua ni, ya Allah, apa yang aku dah buat selama ni?

Jadi ingatlah ya ikhwan akhawat, kita semua ada tanggungjawab untuk memajukan Islam, bukan dengan keganasan, tapi dengan teknologi.

Keluar kelas je, terus bersemangat nak menulis. Walaupun terpaksa siapkan homework dulu, idea penuh je dalam kepala. Tapi serius, Kalau bukan kita yang memajukan Islam, siapa lagi? Jadi apa peranan kita? Sebagai seorang pelajar, kita belajar la rajin-rajin. Nanti dah besar jadi la saintis ke, angkasawan ke, angkasawani ke, berikan sumbangan kepada Islam. Jalan jihad kita di situ. Mungkin mudah, mungkin susah, yang tu kita serah kat Dia. Semoga dia membantu memudahkan perjalanan kita.

Oh, lama tak menulis. Kekoknya!

Majulah Islam untuk syurga,
Salam alaik~


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...