Wednesday, May 12, 2010

Khas Hari Ibu; Siapa Baby Mila?

Lama tak menulis. Jari dah kurang stamina. Post ni pun dah beberapa hari tersadai dalam draft. Takpe, kali ni ada byk yang nak dikongsi. Teruskan membaca.

Hari Ibu diraikan bersama ibu tersayang. Sebab tahun depan peluang tu tak ada lagi.

Korang semua kenal tak dengan Baby Milo?

Nama saya Baby Milo. Saya tak ada mak.

Hari ni fokus bukan kat Baby Milo. Memang monyet ni comel, tapi beliau tak penting sangat. Fokus aku hari ni adalah MAK.

Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun; dan berbuat baiklah kepada KEDUA IBU BAPA, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin,jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takbur dan membangga-banggakan diri.  (An-Nisa', 36)
 Dalam ayat kat atas ni, kita boleh lihat tahap prioriti untuk dapatkan keredhaan Allah S.W.T. Jangan terkejut bila tengok IBU BAPA kita berada di prioriti yang kedua tertinggi; selepas Allah S.W.T. Apa pun yang korang panggil mak korang, mak, ibu, mama, umi, ma dan lain lain, taraf mereka tetap sama. Seorang ibu. Dan taraf seorang ibu ni bukannya rendah. Suka aku ingatkan;
Redha Allah itu terletak pada redha seorang ibu. Dan kemurkaan Allah itu pula terletak pada kemarahan seorang ibu.
 Clear enough? Tak perlu dihurai lagi perkara ni. Sure semua dah tahu kedudukan seorang ibu di dalam Islam. So straight to the point. Kembali kepada Baby Milo. Kenapa Baby Milo? Sebab?

Introducing, BABY MILA.

Nama saya Baby Mila. Saya sayang abang Syahmi. ;p

Persoalannya sekarang; siapa Baby Mila? Kenapa nak kaitkan budak kecik ni dengan Hari Ibu? Kenapa ada gambar aku sekali dengan beliau?

So here's the story...

Satu hari, waktu aku kat rumah, maklang aku bawak balik sorang budak kecik. Comel sangat. Few months, tak ingat exactly berapa bulan. Aku pun tanya, "anak sape ni maklang? comel giler..." Then maklang aku cakap, ni anak sorang budak Kelantan, baru kahwin. Budak tu kena kerja, so dier mintak maklang aku tolong jagakan. So aku pun makin curious, and aku suruh maklang aku citer camne boleh kenal dengan budak tu. So maklang aku pun open the story...

Kita panggil budak tu sebagai Mak Mila la ek. Actually, pasangan ni dari Kelantan. Dorang datang Pahang sebab nak cari 'a better life', korang tau la maksud tu kan. Suami kepada Mak Mila ni seorang kontraktor, buruh binaan la senang cerita. Mereka ni memang daif, bila aku cakap daif, aku maksudkan daif yang betul betul daif, bukan main main punyer. Serba kekurangan la. So lepas je Baby Mila lahir, Mak Mila terpaksa cari kerja. Bukan sebab gaji suami beliau ni tak cukup, tapi masalah sekarang, suami beliau kuat berjudi.

Baby Mila baru lahir. Tempoh pantang Mak Mila pun belum tamat lagi. Tapi Mak Mila keluar cari kerja, jalan kaki tengah tengah panas sambil bawak Baby Mila yang umurnya tak sampai pun sebulan. Nak dijadikan cerita, Maklang aku ni memang seorang yang suka mengasuh, campur Baby Mila dengan anak Maklang aku, ade la 3-4 orang budak kecik yang beliau mengasuh. Sebab Maklang aku dah ada 3 orang anak, unfortunately 2 orang dah meninggal waktu kecik sebab leukimia.

Maklang aku terserempak dengan Mak Mila kat tepi jalan kat taman tempat beliau tinggal tu. So Maklang aku pun tolong la jagakan Baby Mila, sementara Mak Mila keje kat kedai makan kat perumahan tu. Mak Mila ni susah sangat nak dapat keje. Sebab? Mak Mila tak pandai membaca, tak pandai menulis, tak pandai mengira. Buta huruf dan tanpa pelajaran yg cukup. Ambik order pun main ingat je. Sama la dengan suami beliau, buta huruf.

Pasal payment Maklang aku plak, Maklang aku jarang sangat mintak. Lagipun murah je Maklang aku ambik, RM50 sebulan. Mane nak cari beb? Jaga budak kecik plak tu. So tu semua atas ehsan beliau je. Maklang aku ada gak bagi beberapa helai baju kurung kat Mak Mila, sebab Mak Mila just ada 2 helai baju kurung. So yang mana dah tak muat, Maklang aku bagi kat Mak Mila.

And lastly aku nak bagitau, Mak Mila dengan suami beliau sebaya dengan aku.

20 tahun.

So kawan kawan sekalian, bersyukurlah anda tak berada di tempat Mak Mila.

Satu lagi, yang paling penting, fokus pada sifat keibuan Mak Mila. Beliau, walaupun susah, tetap menjalankan tanggungjawab untuk Baby Mila. Soal suami beliau? Biar suami beliau jawab sendiri kat akhirat nanti.

Semoga terkesan di hati, walaupun sedikit.
Tolonglah bersyukur, dan hargai ibu anda.

Saya sayang mak saya. Anda?

Salam alaik~
(^_^)
                                                                                       

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...