Monday, January 25, 2010

Oh My, Oh My~

Here's Monday again. Finally gone.

Layan Sinar.fm malam ni. Pasang kat speaker, memang layan jiwang r bilik aku malam ni. Ape tah nama slot die, em, Cetusan Hati dan Dedikasi bersama Jamal Jamaluddin. Haha.. Saje je nak try hantar SMS jiwang kat Sinar.fm, pukul 10 tadi. Tapi macam tak keluar lagi pun. Haih. Bosan tunggu. Saje je nak kenakan Asai.

"Untuk Azlan Shah di UiTM Shah Alam, ayang sangat merindui abang, bila abang nak balik Johor? Dari Suhaizan, Melaka."

Nampak sangat tipu. Bila nak balik Johor, tapi dari Melaka. Haha. Tak keluar pun lagi. Tension aku.

Tadi call mak aku. "Mak doakan abang boleh buat kuiz esok, dengan duit biasiswa cepat masuk. Tak dayo den...haha."

Haih...aku pun dah serba salah nak mintak duit kat my parents. Nak call pun jarang2, nak topup pun rasa sayang je. Kangkung belakang dewan pun dah nak habis. Nak makan apa la plak lepas ni.

Tadi jumpa satu dokumen Word dalam laptop. Tajuk dier '3'. Tapi encrypted, aku pun dah tak ingat aku tulis pasal apa. Lama gak r try satu2 password aku yang biasa. Tapi semua salah. Last-last dapat gak bukak, aku tulis nama dia. Pergh, surat cinta rupenyer..haha. Zaman kanak-kanak. Jahilliyah sungguh. Tepuk dahi aku baca. Jiwang sungguh. Gelak golek golek.

Tapi kalau ingat balik, memang seminggu tu depressed giler2. Nasib baik la ada gitar tersayang.
Bagusnya, time-time camni la aku baru nak cari suasana ibadah. Nak cari surau, nak cari mashaf.

Tiba-tiba rasa homesick. Nak balik rumah. Camne la atok skrg ni..
Hopefully boleh balik dengan segera.

Elaun, oh elaun.

Salam alaik~
 ;)

p/s: next month, URL aku akan bertukar jadi www.syahmiyem.com. Take note, fellas!

Saturday, January 23, 2010

Bila budak darjah 3 hantar SMS...

Lepas makan tengahari tadi rilek2 jap... Bukak2 slide bio konon nak study, sementara tunggu asar.

Tibe2 je dapat SMS daripada mak aku.

U yg abg apply tu kt mn tmpatnye..tat tgh study peta dunia ni.

Aku tak perasan plak perkataan 'tat' tu. Ingatkan mak aku yang sms. So aku reply ah..

Rutgers dekat new brunswick, new jersey. SUNY kat buffalo, new york. RIT kat rochester, new york.

Lame gak aku tunggu mak aku reply. Last2 aku msg balik.


Jumpe tak?


Dah tat dah tahu. Jauhnye!...

haha..laa... Adik aku yg darjah 3 rupenye hantar sms ni. Kitorang panggil dier Kutat @ Tat. Tapi nama betul dier Muhammad Syauqi Yem. Aku reply lagi,

Tau takpe...haha

Abg memang tak syg Mak e.....! Gi jauh+jauh. Tat gi kat AUSTRALIA

ISh..susah r plak nak explain kat budak kecik ni..haha

Ala, bukan abg nk pegi jauh jauh. Dulu abg ingat nk g australia gak. Tapi tak dapat..

Memang dulu azam aku nak study kat Australia. Dalam bilik aku ada map Australia besar.dier reply lagi...

Gia RUSIA

Haha..Rusia r plak...

Rusia sejuk sgt. Tanak r sejuk sgt. Nanti beku.

Lepas tu adik aku reply lagi,

AFRIKA

haha..aku dah blank nak jawab ape. Last2 aku reply,

Afrika tak best. Takde awek cun.

Lagi blank aku bila adik aku reply,

Awek tak pntg, yang pntg ialah belajar

Pergh. Sarkastik gak adik aku ni. haha

Yela yela. Yang penting belajar. Tapi nak g Australia kne dpt n0mb0r 1 dulu.

Boleh plak dier reply,

Ala..senang je..yang pntig laptop abg tu 2ari tat unye.

Aku janji, kalau dier dapat nombor 1, laptop aku tu jadi hak milik dier selama 2 hari. haha!

Okeh. Boleh2. Dapat nombor 1 dulu. Macam2 abang bagi.

haih..how i missed them brothers...
:'(

Thursday, January 21, 2010

Niat Tangan Kanan Menghulur


268. “Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan
dan menyuruh kamu melakukan kejahatan. sedangkan Allah menjanjikan
kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha
Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah, 268)

Jumaat datang lagi, penghulu segala hari. Banyaknya pahala sunat hari ni. Macam-macam boleh dapat. Salah satu yang paling besar, bersedekah. Walaupun diri sendiri tak cukup, tak kan pernah rugi untuk kita bersedekah. Just nak share satu kisah. Semoga dapat diambil iktibar. Maaf tiada rujukan, pernah terbaca, tapi dah tak ingat buku mana satu.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah
SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa
datang padamu.

Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.



Lihatlah betapa besarnya kemuliaan Rasulullah S.A.W. kalau nak dibandingkan dengan kita umatnya. Keadaan kita sekarang? Bercakaran dengan orang kafir. Membuat ancaman keganasan. Menimbulkan huru-hara. Mungkin tujuan itu betul. Tapi cara penyampaian salah, menjadikan dakwah kurang kesan. Sia-sia.
Ikutilah contoh terbaik kita, manusia teragung. Rasulullah S.A.W.
Semoga ditetapkan iman, dipelihara takwa. Terus hidup fizilalil Quran.


Salam Alaik~


p/s: lineup baru undecided. haha



Saturday, January 16, 2010

Dia Hanya Satu; Sampai Bila-bila

Terbaca artikel akhbar hari ini, seorang pelajar didakwa di mahkamah atas kesalahan menganggu dan mengancam orang lain di Facebook.

Terasa terpanggil untuk menulis tentang isu ni. Penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam. Struktur pewartaan dan akta yang objektif, tapi kurang penguatkuasaan; pendapat aku sendiri. Pertama dan yang paling penting, aku nak ingatkan semua sahabat-sahabat dan saudara aku, tolong jangan cepat melatah dengan isu ni. Mungkin sesetengah orang memandang isu ni sebagai sesuatu yang besar, tapi aku lagi suka tengok isu ni dari segi positif.

Dengan wujudnya isu kontroversi ‘story of the year’ macam ni, barulah jelas peranan NGO-NGO Islam di Malaysia. Cuba kita bermuhasabah sebentar. Apabila kita bercakap tentang isu kalimah Allah ni, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Ketepikan perasaan prejudis dan cuba selesaikan dengan cara Islam.
Dengan wujudnya isu ni jugak, ramailah yang cuba mengambil kesempatan. Menimbulkan provokasi, dengan tujuan memecah belahkan rakyat. Negara yang berbilang kaum, penuh dengan toleransi macam Malaysia ni memang kita boleh agak, Allah akan turunkan macam-macam ujian, terutamanya umat Islam yang disayangi Allah. Bergantung kepada rakyat dan pihak pentadbir untuk menguruskan ujian-ujian ni. Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara, yang perlahan-lahan berubah ke arah sekularisme, atas nama perpaduan kaum. Jadi bila timbul isu sensitif macam ni, semua pihak akan cuba ambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

Jadi apa pendapat aku? Kalau daripada mata aku sendiri, seorang pelajar IPTA tempatan yang baru nak kenal dunia, kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan atas apa sebab dan alasan sekalipun. Jadi perkara ni perlu dihalang daripada terus berlaku. Fikirkan apabila perkara ini terus dibiarkan, akan timbul kekeliruan dalam umat Islam. Ini mungkin dilihat seperti perkara kecil, tetapi bayangkan apabila kekeliruan ini boleh membawa kepada murtad. Jika difikirkan betul-betul, tak mustahil boleh membawa kepada murtad. Teringat khutbah Jumaat kelmarin, khatib berkata, “Jika sekarang mereka merujuk Tuhan mereka (Jesus) sebagai Allah, tidak mustahil mereka akan merujuk gereja-gereja mereka sebagai Baitullah, dan kitab (Bible) mereka sebagai Kitabullah.” Risiko ini tidak perlu dipertimbangkan lagi. Nonsense untuk memberikan mereka hak tersebut.


23. “Dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan di dalam undang
undang Allah.”
(Surah al-Fath, 23)

Undang-undang manusia bukan undang-undang Allah. Keputusan Mahkamah Tinggi bukan keputusan Allah. Tetapi bukanlah bermaksud untuk menidakkan kedaulatan undang-undang, hanya peringatan bahawa wujudnya undang-undang Khaliq. Aku bukannya pandai pun dalam undang-undang, tapi aku ada cara sendiri. Yang penting, hormati keputusan mahkamah dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga dapat dipelihara iman dan takwa, dan tidak ditiup api benci ke dalam hati umat Islam.

Umat Islam mula gentar apabila pendakwah-pendakwah Kristian maju setapak lagi untuk menyebarkan agama mereka. Jangan gentar, kerana kita di pihak yang benar. Usah tunjukkan betapa rendahnya iman kita, akan datangnya pertolongan Allah. Yakinlah dengan kuasa Allah, dan perbaiki masalah ummah terlebih dahulu. Jika umat Islam bersatu, tidak akan terlintas walaupun sedikit keberanian golongan kafir untuk mempersoalkan Islam.


‘Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah,” tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.’
(Surah Luqman, 25)

Adakah setiap kalimah tauhid yang kita ucapkan tu bermakna? Adakah setiap kali kita mengucap syahadah, hati kita membenarkan dengan sebenar-benar iman? Adakah kita mengucapkan syukur, tasbih, dan istighfar benar-benar dengan maksudnya, ataupun semata-mata kerana adat? Mungkinkah kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak mengetahui? Semuanya perlu muhasabah. Jangan cepat melenting apabila orang mempermain-mainkan agama kita, sebaliknya cuba berusaha untuk meningkatkan takwa dan seterusnya, meningkatkan kekuatan ummah. Tidak perlu komen-komen pedas, “Nak aku lontar bom petrol ke?”. Benda ni tak menunjukkan Islam sebagai agama yang harmoni. Keganasan bukan penyelesaian.
Firman Allah S.W.T lagi,


(86)‘Katakanlah, “Siapakah Tuhan yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki ‘Arsy yang agung?” (87) Mereka akan menjawab, “(Milik) Allah.” Katakanlah, “Maka mengapa kamu tidak bertakwa?”
(Surah Al-Mukminun, 86-87)

Mereka akan bercakap tentang Tuhan mereka, tetapi mereka tidak bertakwa. Jadi kekalkan pemikiran rasional dan cuba mengatasi masalah dengan cara yang betul. Ramai orang akan bercakap mereka menentang keputusan mahkamah ni, tapi semua bantahan mesti melalui cara yang betul. Jangan kotorkan imej agama Islam.

Cukuplah pandangan aku tentang isu ni. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Usaha untuk meningkatkan iman dan takwa. Usaha untuk membetulkan diri sendiri. Semoga usaha dakwah dan tarbiyah Islamiah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Salam alaik~


Tuesday, January 12, 2010

Satu Entri Pendek

Luangkan masa sebentar, sementara tunggu kelas Calculus pukul 4 nanti.

Satu coretan kecil. Just nak habiskan masa.
Pernah tak dengar orang cakap,
"Jangan habiskan masa membetulkan yang salah. Anda bukan pejuang."
Kadang-kadang terfikir, betul atau tidak niat aku selama ni. Bila hidup dah hampir 20 tahun, terasa macam sia-sia.

Sesuatu untuk dikongsi; cuba fahami.
Umur seseorang itu panjang; sekiranya masa hidupnya itu diluangkan dengan ibadah, walaupun dia baru berumur 20 tahun.
Umur seseorang itu pendek; sekiranya masa hidupnya itu tidak diluangkan dengan ibadah, di sia-siakan, walaupun dia telah hidup 100 tahun.

Jadi, adakah umur anda panjang atau pendek? Muhasabah diri.

Masalah perasaan. Otak hari-hari serabut. Tapi tak kisah, sebab jalan keluar sentiasa ada. Aku yakin.
Kadang-kadang rasa tertipu. Rasa dipergunakan. Rasa dimanipulasi.
Tapi tu bukan aku. Itu perasaan dibisikkan syaitan. Dan bila aku sedar semula, cuba kembali istighfar.

Tak ada ujian Allah turunkan tanpa sebab. Rasa gembira bila diberi peluang untuk terima ujian. Rasa senang hati bila dapat lebih daripada orang lain.

Rasa seronok bila ingat balik apa yang terjadi. Rasa nak gelak. Kelakar. Naif sungguh.
Tapi takpe. Tak kisah pun. Semoga apa yang terjadi dijadikan iktibar. Susah nak lupa, dan susah nak lepaskan. Semoga sama-sama diberi kekuatan.

Cukup, entri 10 minit tanpa persediaan dan rujukan. Semoga memanfaatkan kalian.

Salam alaik~
=)

Wednesday, January 6, 2010

Entri Pertama 2010

Entri pertama 2010. Lembaran baru bagi hidup aku.

Semalam jalan-jalan kat Sunway, dalam pokai-pokai pun dapat gak aku beli DVD ‘Bon Jovi Live at Madison Square Garden’. Senyum sampai kolej r aku. Seronok tak boleh nak cakap. Memang sentimental collection aku yang ni. Konsert ni (as being said) dirancang sejak 25 tahun yang lepas. Madison Square Garden, New York. Lepas habis buat The Lost Highway Tour kat seluruh dunia, Bon Jovi kembali ke New York untuk buat persembahan kat kampung sendiri.

Ni first time aku tengok Bon Jovi main full set, and aku rasa memang terbaik. Maybe sebab struktur Madison Square yang agak indoor, echo drum macam kuat giler. Tapi performance still mantap. Jon betul-betul all out dengan vocal. Richie Sambora macam biase r, maintain main macam legend. Sammick classic, 12-string acoustic, Fender yang sangat-sangat seasoned. Trust me man, this guy was absolutely gifted. Set gitar yang sangat professional. Paling best time Richie main sambil nyanyi lagu ‘I’ll Be There For You’. Bukan senang nak main gitar utama sambil nyanyi. Lagu Jon plak tu. Ape pon, Bon Jovi still rock. Drummer super laju, bass yang sangat synchronized, keyboardist cool, tambah lagi dengan showmanship Jon. Oh, lupe, pemain violin yang cun! Haha. Superb!




Hari ni kelas pun bermula. Best gak la kot? Haha. Tak tau lagi, kita tengok nanti. Awal-awal memang la hambar sikit. I guess this semester will not be easy for me. Struggle lagi for perfection. Sikit je lagi. Sikit je. Application universiti semua dah setel. Sekarang tinggal nak tunggu surat tawaran je lagi. 3 pilihan, Rutgers University, SUNY University at Buffalo dan Rochester Institute of Technology (in priority order). Why? Rutgers, sebab hopefully aku akan dapat environment yang lebih American. Ok la, pan Asia boleh terima lagi. Hopefully la kan. SUNY, sebab kat sini, as if compared to RIT, better sikit ranking dia. My friends pun ada kat sana (miss you guys!). RIT is just for backup, in case that I was unlucky enough to get admitted to Rutgers and SUNY. But no offense guys! Not that RIT tak best okeh. Done with that. Pray for me to get admitted okey?

Tadi online, lepas sekian lama online. Ramai sungguh yang tanya mane aku hilang. Just nak cari ketenangan sikit. Tapi, aku pun tak tau kenapa, aku rasa sangat puas dengan hidup aku. It’s like everything I have is more than enough. Wow, that’s ‘BE GRATEFUL ALL THE TIME’ trick does really work. Mencari permata yang hilang. Haha. Still nak tulis gak pasal muzik dalam blog ni. At least, aku tak tulis pasal Black Metal. Hardcore pun takde kan? I listen, I play, I share. Tapi let’s this be a view from an amateur listener. Sama-sama open. Ada ilmu kita kongsi-kongsi.

Terbaca satu interview dengan Ustaz Hasrizal. Beliau berkata, “Blog tak harus dipisahkan daripada kehidupan kita yang sebenar. Ada peraturan khusus untuk blog.” Fikir-fikir balik, aku tak nak buat blog baru, dan hasilkan dua blog berlainan sifat, antara bumi dan langit. Sebab benda tu nanti boleh hasilkan prejudis yang lagi teruk. Kita diingatkan supaya bersangka baik dan tidak menimbulkan kontroversi. Jadi, aku akan still gunakan blog ni untuk tulis tentang hidup aku. Mungkin sekarang tak lagi se’personal’ dulu, tapi sekurang-kurangnya masih rasional.

Baru-baru ni before balik Shah Alam, lepak-lepak ngan member lama. Tengah borak-borak, ada sorang member aku cakap,”Alah, kau Syahmi, berapa lame sangat la kau boleh hidup takde gefren.” Haha. Aku senyum je. Yep, the last time aku single is waktu awal Form 1. “Banyak cakap lak kau. At least ex gefren aku dua orang je, tak ramai macam kau. Tiap-tiap tahun tukar.”

So that’s it. Tak perlu susah-susahkan otak, sakit-sakitkan hati. Aku dah pernah cakap kat mak aku suruh dia carikan isteri untuk aku nanti. Yang baik pada mata dia, aku pasti terbaik untuk aku. Last-last aku plak kena marah, “Jangan nak mengade, cari sendiri. Nanti ada masalah, tak serasi la, ape la, salahkan mak pulak.” Haha. She got the point. So now, tayah susah-susah. I got enough of everything in my life. I don’t need something to spoil them up.

Itu saja Entri Pertama 2010. Sape2 yang nak buat link exchange boleh drop link kat sebelah ni. Start daripada entri ni, aku nak cuba tulis dengan lebih professional. Ini bukan lagi blog budak sekolah. Ini blog remaja umur 20 tahun.

“Khoirunnas su anfa a’hum linnas” – sebaik-baik manusia, adalah manusia yang member manfaat kepada manusia lain.

Salam alaik~
=)

Wednesday, December 16, 2009

Revolusi, Perubahan, Hijrah.

Hidup makin susah. Haih.

Astaghfirullah, tak elok mengeluh. Selalu aku tak bersyukur, bila tak dapat kasut, aku mengeluh. Tapi aku lupa ramai lagi yang tak berkaki.

Azam macam2 awal2 cuti aritu, tapi haprak gak. Haha. Mat Jenin sungguh. Cakap nak belajar masak, makin lama makin malas nak tolong mak kat dapur. Cakap nak belajar main drum, datang jamming skali pastu tak datang terus. Cakap nak taqarrub, sempat sebulan je (tu pun 2-3 minggu) solat jemaah kat masjid. Ape la nak jadi ngan aku ni. Oh, majlis qiraat di Masjid Negeri aritu pun sekali je aku join. Makthurat? Selang 2-3 hari sekali. Jauh drpd target 2 kali sehari. Quran? Lagi la nyer. Dok umah ni memang lagha je. Gitar ngan game memanjang.

Cuti ni susah nak online, sebab broadband dah kena potong. Lantak la. Da memang tak mampu nak buat cmne. Tapi bila internet dah xde, lagi senang aku nak banyakkan membaca. Baca r pape2 pun. And banyak idea aku nak tulis kat sini.

Dua pembacaan dari dua wacana berlainan, langit dan bumi. Yang pertama, tersenyum bila terbaca tajuk kecil dalam Al-Islam Disember 2009, 'Remaja Indie Pun Ingin Berdakwah'. Teringat aku kat blog aku ni, blog hibrid, platform bicara agama dan muzik. Tengok tajuk pun aku dah dapat agak apa yg penulis cuba sampaikan. Satu lagi artikel dalam majalah muzik bebas ROTTW, isu bile aku tak ingat, bertajuk 'Tiba-tiba Semua Orang Pandai Indie'. Artikel ni mengkritik orang2 yang mempergunakan nama 'indie' untuk menaikkan pasaran sesuatu, tanpa apa-apa rujukan. Hence, showing that this scene was superficially extreme. Define that by yourself.

Bercakap pasal Versi Harmoni, aku ada terdengar suara2 tidak rasmi yang melabel Versi Harmoni sebagai blog yang hipokrit. Yang pertama sekali, kita ada kebebasan bersuara. Aku open for komen komen positif. Dan even yang negatif, perlu lah rasional dan relevan. Kadang2 semua ni buat aku rasa nak tutup mulut, tutup komputer dan ikat tangan. Kalau lah korang sume, baca balik kat header blog ni, ada definition untuk VERSES of HARMONY (Versi Harmoni). And kalau korang sume faham maksud dua istilah tersebut, korang takkan persoalkan apa yang aku tulis dalam blog ni.
Maaf kalau ada statement yang tak benar, tapi sebelum aku kemukakan fakta, aku buat research dulu. Perkara agama bukan satu benda main-main yg kita boleh tulis tanpa rujukan. Nak-nak bila benda tu ditulis oleh aku, seseorang yang tak ramai orang anggap ada kredibiliti yg sepatutnya. Tapi bila terfikir semula tentang tanggungjawab menyampaikan, aku sabar je la. Biase r kan kena kritik. haha.

Firman Allah Taala bermaksud:






Tolong-menolonglah kamu pada jalan kebajikan dan taqwa dan jangan kamu tolong-menolong pada jalan dosa dan permusuhan.

(Surah al-Maidah: Ayat 2).



Cuma menyampaikan apa yg terlintas di hati. Kadang2 of course lah, akan ada perbezaan pendapat. If Versi Harmoni is to be labelled as hypocritical, I wouldn't mind. Everyone have their own perception, and it is one thing that I have no power to change. Versi Harmoni tetap sama. Revolusi tetap revolusi. Perubahan ni satu hijrah untuk agama. Melalui Versi Harmoni.

Beribu ribu lemon penghargaan buat pembaca Versi yang tinggalkan komen. Ilmu kalau dikongsi, insyaAllah akan ditambah berlipat kali ganda. Berjaye mesti nak same2 kan? kan? haha

Nanti sambung balik okeh. Semoga terus kekal zuhud, ditetapkan iman, dimantapkan takwa, dipelihara dari dosa dan tidak goyah dengan ujian.
Salam alaik~

p/s: terfikir untuk buat satu blog baru. totally about music. and versi harmoni maintain about perkongsian ilmu. kalau kne label hipokrit lagi tataw r.. ahaha (^_~)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...